Tolong!!!!! Susu saya TIDAK CUKUP???

Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?

Antara faktor yang mendorong  tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi  apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan  mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan  ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!

Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?

Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal"  tidak berupaya untuk menyusui bayinya.

Dengan andaian tiada uri tertinggal dan  paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu).  Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.
Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum.  Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.

Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana  ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti  lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak  keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya  faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti  forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Intertesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.

Semoga bermanfaat
Dr Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan

Sebenarnya para bonda sekalian, susu kita Allah ciptakan cukup untuk keperluan anak kita. cuba kita bayangkan situasi kita dizaman tiada susu formula..apakah yang akan terjadi kepada anak kita sekiranya kita kerap berfikiran yang susu kita tidak cukup?adakah kita segera bagi baby minum air masak?atau makan bubur seawal 2 bulan? ada banyak lagi faktor yang menyumbang kepada faktor susu cukup atau tidak.

Kenapa susu berkurangan

Selain kurang menyusu, bekalan susu berkurangan mungkin disebabkan:
1. Penggunaan ubat-ubat tertentu
2. Pil perancang
3. Tiroid rendah
4. Anemia
5. Penurunan berat badan mendadak
6. Sejarah masalah hormon
7. Payudara pernah cedera atau dibedah
8. Plasenta tertinggal
9. Pembentukan kelenjar tidak sempurna
10. Penggunaan puting keterlaluan
11. Terlalu awal memperkenalkan makanan
12. Bayi tidur malam tanpa menyusu
13. Cara menghisap salah
14. Menghadkan masa atau cara menyusu
15. Penggunaan pelapik puting
16. Mengandung
17. Kenbali bekerja dan tidak memerah ikut jadual

sebelum kita give up, kita tengok balik diri kita ni macam mana? pemakanan kita berkhasiat tak? ada tak pantang makanan yang boleh mengurangkan lagi penghasilan susu macam produk berkefein? air cukup tak untuk badan kita? takde air macam mana nak ada susu kan?logik tak? lepas tu penuhi kehendak bayi anda bila dia nak menyusu/mengempeng pun.. kalau dah buat semua ni, tapi masih lagi tak boleh, saya sarankan bonda bonda cute sume buat teknik Power Pumping. 

Takde istilah terlewat atau terlalu awal untuk buat power pumping ni. tak leceh pun, hanya peruntukkan sejam daripada 24jam masa kita tu dengan pam susu dengan cara yg betul. Jom kita fahamkan dulu apa tu power pumping?

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping (PP)?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Momies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Bila nak buat PP?
Bila bila masa dimana sahaja. memang pada dasarnya bagu sbuat tengah malam hingga ke pagi sebab hormon prolaktin tengah tinggi tetapi tidak menjadi apa2 jika buat pada waktu lain.Saya buat PP pada waktu lunch di pejabat sambil2 nak solat, nak makan tengahari. kan ne tujuan PP ni untuk create more demand (bina lebih permintaan susu)

Jadikan PP amalan
Walaupun pada kebiasaannya PP dibuat bila nampak kemeruduman susu, ia juga boleh diamalkan sebagai rutin untuk sentiasa beri ingatan pada otak yang susu sentiasa diperlukan.Saya jadikan amalan 3 kali seminggu WAJIB! dan juga bila2 masa saya ada waktu senggang sementara tunggu flight/perjalanan balik rumah/pergi kerja..dalam jem dan sebagainya.

Susu saya banyak.. perlu ke PP?
Ok alhamdulillah susu banyak, tapai sejauh mana kita tahu susu kita akan sentiasa banyak? Bukankah bagus beringat semasa senang supaya agak senang apabila susah. Jadi.. PP ni buatlah amalan.
mana bagus? .. Pam lama2 atau buat PP sebab bila pam lama susu banyak..
Konsep Demand And Supply menekankan kekerapan mengosongkan breast dengan kerap mengepam atau direct feeding, bukan pam lama2. harus dingat suction pam dengan hisapan anak adalah berbeza.Jadi adalah lebih bagus PP dan menambah sesi pengepaman dari pam berterusan selama sejam. Rosak tisu breast kang.

kalau ada yang ragu-ragu, boleh tinggalkan email anda. nanti kita chit chat kat email ye..ilmu ni bagus dikongsikan bersama..

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

 Ida
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 907627 ]
 Contact No | WhatsApp : 017-6775989
 Email : mombabydiary@gmail.com

No comments:

Post a Comment