2/8/2013 (Jumaat)
Pagi pagi lagi nurse dah kejutkan untuk bangun mandi, sarapan dan kemaskan diri. Doktor wad dan doktor besar nak round katanya. Attenden hospital pun sibuk mengemas tilam bantal kita cantik cantik. Doktor round pukul 10 pagi, so dalam pukul 8 lebih tu nurse panggil ke bilik pemeriksaan untuk masukkan ubat induce tu. Kawan katil sebelah siap wish 'Good Luck' sebab dia dah masuk dos kedua dah..tengah layan contraction tu. So terkedek kedek la mak incik jalan ke bilik rawatan tu.Sorang doktor perempuan masuk dan arahkan saya baring. Dia cakap cakap ngan nurse sambil tangan dia seluk laluan bawah tu. Sakit sangat ok...sakit sangat doc perempuan ni buat..Ya Allah...'Dik, saya tolong 'bukak jalan' sikit ni ye..awak dah tak lama lagi nak bersalin ni..pintu rahim dah lembut..sy asikla teradoiii adoiii sebab ngilu menyucuk nyucuk. Lepas dia seluk je makin banyak lendir dan darah keluar. ' Nanti baring je kat bed ye. Jangan bangun dalam masa sejam. Takut ubat terkeluar balik'. Yolah cik nurse....
So lepas masuk ubat pon saya still rileks. tapi rasa 'sesuatu' dah kat perut ni..macam orang perutnya penuh dan kembung. Kejap datang kejap pergi..sejam mcm tu la gapnya. Kawan sebilik dah sorang sorang kena tolak ke labor room (LR). Ada yang kene ceaser sebab jalan tak bukak tapi contraction macam 5cm..ada yang mengerang sakit sorang sorang, bila cek rupanya dah 6cm..macam the flash nurse buat kerja nak tolak dia ke LR. Risau dia terberanak kat situ je..hehe..kawan sebelah pun nak ke labor room..dah bukak 3cm dah..dia ni kes leaking tapi jalan lambat bukak..contraction pon light light je katanya. Sudahnya tinggalla sy sensorang kat bilik tu..suami datang teman makan tengahari (dah la orang tu puasa, suh pulak teman makan..kikikii) lepas sudah makan teman suami sampai pintu ward..nurse pun panggil nk tengok progress ubat katanya. Maka terkedeklah mak incik ke bilik pemeriksaan sekali lagi. Hopefully bukan doktor tadi..seram mak..
Tak payah disuruh nurse, kali ni saya yang rela pegi baring kat katil tu dan buat posisi macam pagi tadi. Doc lelaki melayu pulak yang masuk.dengan uniform biru macam baru lepas keluar bilik bedah. Dia baca buku laporan dan terus seluk. katanya masih 2cm tapi pangkal rahim sudah menipis dari sebelumnya. Kebetulan seorang doktor senior perempuan bersuara. 'mungkin midnight ni awak akan bersalin lah..atau pun awal pagi besok. So make sure simpan energy ye' macam tu la lebih kurang ayatnya. Lepas tu pegi balik kekatil untuk berehat selama sejam sebelum sambung aktiviti berjalan atau bersaie dari hujung sana ke pintu depan..excersice katanya. Sampai je kat katil, perut saya rasa dijerut jerut. Rasanya sebijik macam senggugut yang saya selalu rasa sebelum kahwin dulu.. Masya Allah..contraction ke ni? tapi sela masa nya kejap sangat. Saya capai hp dan mula guna contraction tracker app untuk rekod masa kontraksi selama sejam nanti. Memang sakit sampai saya xsenang duduk la kt tilam tu..kekanan..kekiri..kejap saya duduk bersila..saya berdiri dan cuba berjalan sekeliling wad. kebetulan waktu tu nurse tukar shif. jadinya dorang tak perasan yang saya baru lepas masuk ubat dan tak boleh berjalan jalan. Saya dapati bila berjalan ni sakit tu berkurang. Saya baca paper, untuk alih perhatian tapi tak berjaya..Perut bawah tu rasa di jerut mcm orang ikat tepi plastik air.sakittttt...
untuk lekakan diri, saya tulis merepek repek atas paper tu..boleh baca tak??
Dalam pukul 3 petang saya ke kaunter nurse. Saya tanya nurse saya dah boleh bergerak ke? Nurse muka confuse je. Saya suruh nurse cek bukaan saya sebab saya rasa sakit yang kerap (selang masa 2-3 minit) dan setiap contraction dalam 1minit kebawah. Mulanya nurse taknak sebab saya baru sejam masuk ubat. Tak mungkin bukaan dah buka banyak. tapi saya merayu pada nurse, mintak tolong sangat. Kemudian ada 2 orang nurse ikut saya ke katil saya dan buat prosedur cek bukaan. nurse pertama cuba seluk dan muka dia pon terkejut...! 'Dah 5cm la...comfirm 5cm ni..tapi awak baru masuk ubat kan?' saya mengangguk dalam muka berkerut. 'pukul 2 tadi masuk ubat' kemudia nurse kedua pulak cuba seluk..tak puas hati katanya..takkan secepat ni. Lepas dia seluk, dia pun buat muka terkejut. 'Comfirm 5cm! ok call labor room ada kosong tak..kes urgent ni'. kemudian berlari larilah kedua nurse ni mengambil file dan persiapan bersalin saya. saya ingat lagi, sepatutnya nurse akan bagi baju OT dan ubat sabun untuk 'membuang', tapi disebabkan saya urgent sangat dan nurse takut saya terberanak dalam tandas, dia tolong masukkan ubat tu ke dubur saya dan saya terus rasa nak berry. hihi..siap nurse pesan jangan teran..biarkan dia keluar sendiri. jangan kunci pintu tandas..lepas membuang, nurse tunggu dengan wheelchair. Maka bermulalah perjalanan dan perjuangan saya melahirkan little caliph ni.
beginilah keadaan saya masa menahan 8cm kontraksi..yang baju biru berkaca mata tu lah doktor yang sambut kelahiran Adam
Sampai di labor room, saya disambut 2 orang staff nurse dan diambil tekanan darah dan dipasang drip air. Perut pulak di ikat dengan alat CTG yang akan memantau bacaan jantung bayi sampai tiba masa melahirkan. Pada saat tu saya terbayangkan wajah mak saya yang melahirkan saya..mungkinkah begini apa yang emak rasa dulu? Subhanallah, ringankanlah penderitaan aku..kasihanilah dan sayangilah aku..panjangkan usia aku dan bayi ini di duniaMu..Sakit semakin memuncak, saya merayu untuk dapatkan suntikan epidural, mulanya suami takbagi..tapi lepas saya pujuk pujuk dan mula 'membuat perangai' dengan turun dari katil dan berdiri dengan posisi yang saya suka (sampai kene marah dengan nurse. Dia kata saya degil..hihi ;p) suami benarkan. Nurse cakap kene cek bukaan dulu. kalau dah 8cm keatas, takboleh guna epidural lagi. Kemudian seorang doktor lelaki melayu kecik molek masuk. dia minta kebenaran nak pecahkan ketuban sebab dah 5cm. Dia seluk dan masukkan sebatang kayu halus untuk pecahk air ketuban. habis basah baju saya..nurse tadi tukarkan baju yang baru..merengkotlah saya menahan contraction lepas ketuban pecah.. Maha suci Allah, sakitnya berganda lepas ketuban pecah. Dalam hati saya asyik berbisik 'Lailahailla anta subhanaka inni kuntuminazzalimin' itulah ucapan saya..tiada lagi perbualan dengan orang sekeliling..sejam kemudian doktor pakar bius dan pakar kelahiran datang untuk cek bukaan sebelum suntik epidural. malangnya saya tak boleh ambil kerana pada waktu itu bukaan saya sudah 8cm. Tak lama lagi nak melahirkan Adam. Walaupun hampa tak dapat painkiller, saya gembira sebab Allah makbulkan doa saya, kesakitan ini akan terhapus tak lama lagi. Sekitar jam 5.30 ptg, doktor yg akan menyambut bayi saya datang memeriksa bacaan CTG dan bukaan laluan. Sudah full katanya. Saya disuruh meneran sekiranya ada rasa 'urge' atau rasa nak push buang air besar. Saya tarik nafas panjang dan cuba untuk meneran. Saya recall memori saya dan cuba praktikkannya. Saya arahkan suami untuk tekan lutut saya kebawah untuk elakkan saya angkat punggung, dan saya pejam mata, cecahkan dagu ke dada semasa meneran. Kangkang seluasnya untuk memudahkan kepala bayi keluar. Doktor memuji teknik teran saya bagus, dan dalam beberapa kali teran, keluarlah putera comel saya ni..tinggi orangnya..semasa proses kelahiran tu, saya hanya dengar kata suami..'dah nampak rambut..dah sampai telinga..dah keluar kepala..push untuk keluarkan badan..' lepas dah keluar Adam, doktor cucuk peha kanan untuk keluarkan uri. saya diminta meneran sedikit untuk keluarkan uri.terasa satu beban sudah hilang di perut ni..tiada lagi memboyot..tiada lagi contraction..hilang sudah semua kesakitan..
Saya kini menunggu detik seram dalam perjalanan kelahiran Adam iaitu sesi menjahit luka. Sewaktu meneran doktor telah menggunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Jadinya kena la jahit balik yang koyak tu.. Masa doc jahit yang lapisan daging dalam, tak terasa sangat sebab dia bius. tapi masa jahit kulit luar, dijahit hidup hidup, sakittttt sangat..meraung menjerit saya dibuatnya..lebih sakit dari meneran Adam keluar. Kesian Adam tak lelap mata pun dengar ibu dia mengerang sakit..disebabkan saya asyik bergerak gerak maka proses menjahit jadi setengah jam lamanya. Lepas jahit, doktor bagi Adam kepada saya untuk disusukan. Bonding time katanya..lagipun tadi sekejap sangat Adam dapat duduk dalam pelukan saya masa doktor nak keluarkan uri dan potong tali pusat dia. Syukur, Adam sihat dan sempurna sifatnya. Masa tu saya menangis kerana terlalu gembira. Nurse sentiasa disisi untuk membantu saya menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Tiba tiba saya rasa nak terkucil, nurse suruh saya buang air dalam bekas saja, tapi saya taknak sebab malu. jadi saya mintak untuk ke tandas, nurse tadi yang garang tu bertukar baik sangat..dia temankan saya di tandas dan tunggu depan pintu..dia tak kasi tutup pintu sebab takut saya pitam. darah meleleh keluar turun dari kaki..habis lantai labor room..Masa nak cebuk tu..fuh fuh fuhhhh...menahan pedih..isk isk isk...
Lepas saya buang air, nurse beri saya baju bersih untuk dipakai. Baju pink tu la..kemudian atendan dtg hantar lauk makan malam. ingat lagi saya, lauk ayam masak sup. Saya siap tanya nurse, boleh makan ke?Ayam ni..saya dah kene start pantang kan?hahahahaha..nurse ketawa je..dia cakap makan je..nanti takde tenaga nak jaga baby kalau dia taknak tido malam..so saya bedal je nasi tu sampai licin.. Nurse pon tinggalkan saya dan Adam sendiri sebab dah nak masuk waktu berbuka puasa. Lepas berbuka dalam pukul 8 lebih tu, nurse ward datang dan bawa saya ke wad semula..Suami saya menanti dengan muka gembira..dapat dukung anak dia puas puas sebelum balik ke rumah. Saya sempat lagi mengemas almari barang kerana nak cari panties pakai buang..malam tu saya tak dapat tidur sebab Adam tak tidur..asyik merengek nak susu dan peluk. naseb baik saya ada kurma..itulah makanan saya sebelum masuk labor room..alhamdulillah memang tak penat..tenaga masih ada..pukul 7 pagi baru Adam lena..saya pun tidur tidur ayam je sebab doc datang nak buat sesi check up fizikal adam.
Sepanjang hari di wad ditemani suami tersayang..dia paling suka merenung wajah anaknya..cari persamaan la kot..hehehe..So kesimpulannya, pengalaman saya tidaklah seteruk yang dijangka..saya sangka saya akan susah bersalin, sakit berbelas belas jam sebelum melahirkan anak tapi Allah beri saya kemudahan seperti yang saya sering minta dalam doa selalu..Alhamdulillah..serik tu memang, tapi saya takkan berhenti setakat ini..saya berharap untuk menimang baby girl pulak lepas ni..mesti seronok dapat pakaikan gaun cantik cantik dan dandan rambut dia comel comel.hehee..perancangan 2015 lah pulak..Insya Allah..
No comments:
Post a Comment