Panduan Membeli Breast Pump Yang Bagus



ADAKAH ANDA BAKAL IBU?
MAHU MENYUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN?
MAHU TEBUS KESILAPAN BAGI ANAK SUSU FORMULA SEBELUM NI?
STOK SUSU SEMAKIN BERKURANG?

jom saya kongsikan kepada anda semua apakah perkaitan antara susu badan dan pemilihan breast pump (bp) ni. Untuk memilih breast pump yang bagus, saya cadangkan para ibu melabur atau simpan sikit-sikit duit sehingga cukup untuk membeli breast pump elektronik yang boleh meniru gaya hisapan bayi, kalau yang ada bagi simulation / ransangan penghasilan susu lebih baik. Dan jika boleh gunakan double pump. Jangan jadi macam saya, konon nak jimat duit, dalam pantang beli je pam murahan.single pulak tu. Suami dah tawarkan Medela masa tu, tapi saya tolak sebab fikirkan pembaziran. dulu saya pakai pam Pureen.


Pam ni takde option stimulation dan suction seperti baby. Kita kena control sendiri volume knob dia ikut suka kita. Nak kuat ke tak. Jadinya susu saya tak banyak keluar sebab ritma hisapan tak sama dengan bayi. mula mula pakai pun cik B rasa sakit. Masa guna pam ni, paling tinggi boleh dapat 2oz sahaja dua dua belah, selama sejam pam..Fuhhhhh....memang jenuh la orang kata..then emosi pun macam roller costar bila tengok kawan kawan lain dah ber'oz' dah dalam freezer. *sob sob sob*



" Elektonik breast pump mahal lah, saya mampu pakai manual je dulu tak boleh ke? "

Bukan tak boleh nak beli pam manual, boleh, tapi saya cadangkan elok double lagipun tak semestinya perlu beli pam yang mahal harganya, ikut kemampuan dan bajet. Kepada ibu - ibu yang sedang hamil, boleh la start survey harga dan keserasian pam untuk kegunaan selepas bersalin, khususnya untuk mereka yang akan kembali bekerja selepas habis cuti berpantang. Kena make sure stok Express Brest Milk (EBM) mencukupi untuk keperluan si manja anda bila hantar kepada pengasuh nanti. takde la hati risau susu anak tak cukup.

Nasihat saya, cuba elakkan membeli pump manual kerana kelak anda akan menyesal. Pengunaan pump manual selalunya tahap sedutan yang terhasil agak kuat dan tidak sekata, ini akan menyebabkan breast menjadi bengkak dan sakit. Bila dah sakit mulalah mood down, dan susu yang berjaya diperah pun sikit je. Tapi ini hanya terjadi kepada jenis pam tertentu sahaja. Ini adalah senarai BP yang recommended dipasaran berdasarkan pemerhatian dan pembacaan serta research saya sendiri sebelum merembat bp Spectra M1:

1. Medela
2. Spectra 
3. Rumble Tuff
4. Avent
5. Unimom
6. Mam
7. Tomee Tipee
8. Little Bean
9. Eve Love
10. Snow Bear

Kebanyakan single pump ni boleh di'convert' atau tukar kepada double pum, dengan syarat kita beli aksesori yang diperlukan seperti T tube, dan bp shield. lepas tu dah boleh jadi double pum. tapi ingat ya, hanya sesetengah jenama sahaja yang boleh. Kebaikan double pum adalah:


  • menjimatkan masa anda untuk memerah susu, terutama ketika waktu bekerja. 
  • dapat meningkatkan lagi jumlah penghasilan susu kerana otak kita akan menerima arahan bahawa payudara perlu lebih banyak susu, seolah olah anda sedang menyusukan anak kembar.
  • sekiranya anak anda sedang menyusu, anda boleh tukar pam menjadi single pum dan lakukan 'Tandem Nursing' yang menyamai keadaan anda sedang menyusukan dua orang bayi serentak.


ini adalah Spectra M1 yang saya 'convert'kan menjadi double pum

Sebelum anda semua terjah online blogshop dan kedai kedai bayi, kena baca entri ni sampai habis dulu. Pam susu memang memainkan peranan dalam menentukan kejayaan penyusuan ekslusif bayi. Namun kita perlu tahu jugak ada beberapa point penting disamping penggunaan bp ye. 

Anda perlu tahu bahawa kalau nak susu perahan yang banyak ada beberapa faktor yang perlu ada, iaitu:


->Supply & Demand , iaitu dimana anda perlu kerapkan sesi pump jika nak hasilan stok susu yang banyak. Sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 3 jam sekali anda perlu pump. Jangan tunggu dah bengkak baru nak pump.

->Pump sehingga payu dara jadi kendur / kosong. Jika tidak susu yang baru akan lambat terhasil.

->Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 3 hingga 4 liter sehari.

->Amalkan permakanan sihat, rehat yang cukup dan pengambilan vitamin ( saya cadangkan vitamin dari jenama Skalee kerana ianya 100% semulajadi ) seperti:

1) Vitalea
2) B Complex
3) Vitamin C - klik disini
4) Alfalfa Complex
5) Ostematrix
6) ESP


->Pastikan tahap emosi anda stabil dan yang paling penting banyak-banyakan berdoa agar anak kita dimurah kan rezeki dan dapat membesar dengan sihat.




"Kenapa saya perlu ambil vitamin tambahan? Bukan ke waktu mengandung dah makan obimin, asid folic dan macam-macam lagi yang hospital bagi."



Pengambilan vitamin / suplemen semasa menyusukan bayi mampu memperbanyakkan amaun susu ibu disamping menambahbaik vitamin dan sumber yang diperlukan untuk sistem pertahanan bayi yang masih lemah dan juga pertumbuhan sel-sel badannya.  Malah ia juga penting untuk perkembangan otak si manja. Selain itu pengambilan vitamin juga dapat mengelakkan ibu-ibu yang menyusu dari sakit-sakit pinggang / tulang. Baby dah serap kalsium kita sebab tu perlunya vitamin untuk kembalikan diri kita jadi lebih sihat dan sentiasa bertenaga untuk menghadapi masa-masa gembira dengan baby kita :). Sekiranya si ibu kurang mengambil makanan yang kaya dengan kalsium, alamatnya merasa la sakit pinggang  dan kejang kaki. Sangat tak selesa. rasa nak baringgggg aje. Kalau tak suka minum susu, ambillah supplement Ostematrix.

Lastly saya doakan ibu-ibu yang membaca blog ni berjaya menyusukan baby sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun. Kalau dapat lebih lagi bagus :)



Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:
 Ida
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 907627 ]
 Contact No | WhatsApp : 017-6775989
 Email : mombabydiary@gmail.com



No comments:

Post a Comment