#FACTS OF TODAY : Kenali KALSIUM


Hari hari saya minum susu. Sejak mula pregnant sampai sekarang saya masih minum susu. Alhamdulillah saya takde masalah nak consume produk tenusu ni. Cuma saya sukakan fresh milk dan plain milk aje. Tak suka yang ada perasa strawberi lah coklat lah..Saya takde la minum susu spesifik pun. Asalkan susu..ikut bajet jugak..masa mengandung memang minum Anmum Materna sampai nak bersalin. Dalam pantang saya ter'stop' minum sebab sibuk cari 'milk booster' yang natural..macam macam lah cuba, Horlicks lah..buah longan lah..ada yang menjadi, ada jugak yang fail. Hujung hujung pantang baru saya start minum susu semula. Saya beli brand Fernleaf, jenama yang saya minum dari kecik, kata ayah dan ibu saya lah. Lepas Fernleaf saya tukar ke Everyday pulak. Sama je rasanya.Hehehe..


Saya ada kawan/saudara/adik beradik yang TAK SUKA & TAK BOLEH minum susu. Nak muntah balik katanya. Memang tak minum susu dan semua adik beradik produk susu hatta minuman bersusu macam teh ais lah, milo ais lah..bandung lah..Bila dapat tau yang diri mereka hamil, masing masing mula bukak cerita yang mereka runsing khasiat kalsium tak sampai kat baby sebab dorang tak minum susu. Kalau korang pun ada masalah ni, meh kita bincangkan dan cari solusinya bersama. Sebelum cerita pasal solusi, kene lah tau fakta dulu, ye dak? Jadilah pengguna bijak.


APA ITU KALSIUM DAN APA YG DIA BUAT DALAM BADAN KITA?
Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis.Dalam sehari, kita perlukan minima 100mg kalsium.


  • 800 mg untuk dewasa di atas 25 tahun 
  • 1,000 mg selepas usia 50 tahun. 
  • Ibu hamil dan menyusu badan perlu mengambil 1,200 mg kalsium sehari.
Keperluan  kalsium  anak-anak dan remaja meningkat sesuai usia:
  • Bayi berumur 0 - 5 bulan: 400 mg
  • Bayi 6 bulan - 1 tahun: 600 mg
  • Anak usia 1 - 10 tahun: 800 mg
  • Remaja usia 11 - 24 tahun: 1,200 mg
Nampak? Bukan calang-calang fungsi kalsium ni dalam badan kita. Tulang temulang kita ni kalau tak dijaga dan dibekalkan dengan nutrien yang sepatutnya alamatnya mudah patah, rapuh dan berubah strukturnya. Bukan tulang aje, gigi kita pun perlukan kalsium yang banyak, lagi lagi golongan kanak-kanak sebab mereka ni sedang membesar. Kekurangan kalsium akan 'membantutkan' tumbesaran mereka dan pertumbuhan gigi susu kepada gigi kekal. 


DARI MANA NAK DAPATKAN KALSIUM NI?
Kebanyakkan kalsium berasaskan makanan datang daripada bahan tenusu. Anggapan bahawa kalsium daripada tenusu tidak diserap sebenarnya tidak disokong oleh kajian saintifik.  Lain-lain sumber kalsium yang baik termasuk sardin, ikan salmon yang ditinkan, sayuran berdaun hijau, dan tofu. Secara point formnya, kalsium boleh didapati daripada:


  1. KEJU atau produk berasakan keju
  2. YOUGHURT
  3. SAYURAN HIJAU
  4. KACANG SOYA
  5. BUAH-BUAHAN KERING
  6. KACANG PUTIH
  7. BIJI BIJAN
  8. SUSU SOYA
  9. OREN
  10. OATMEAL
  11. IKAN SARDIN DALAM TIN
  12. TAUHU
  13. BROKOLI
  14. KACANG ALMOND
  15. PISANG


KALAU KEKURANGAN KALSIUM, JADI APE EH?
Jangan main-main uols. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan :

  • Kejang otot pada muka , tangan dan kaki.

  • Tekanan darah dan rentak denyutan jantung tidak teratur.

  • Penyakit rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia pada orang dewasa
  • Mengakibatkan sembelit dan tidak lawas.
MACAM MANA NAK PILIH PRODUK KALSIUM YANG BAGUS?
Bagus betul soalan awak ye. hihi.. untuk memilih supplement kalsium yang bagus, hendaklah buat sedikit kajian dan meneliti kandungan supplement dahulu. Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium. Elakkan produk yang diperbuat daripada tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum. Elakkan jugak menural chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.


Pengalaman saya semasa hamil dan selepas bersalinkan baby Adam, bila tak minum susu je automatik betis akan kejang sangat bila nak baring..kadang kadang duduk lama sangat pun dia kejang. Berkelip-kelip jugaklah mata ni menahan bisa kejang tu. Bila dah minum susu baru dia beransur kurang sakitnya. Maksudnya bukanlah on the spot hilang, besok besoknya takde dah la kene bisa tu lagi. Disebabkan saya malas dan takde orang nak bancuhkan susu untuk saya masa dalam pantang, saya ambil suplemen OSTEMATRIX ni untuk gantikan susu tu. Botol Oste ni memang saya standbykan sebelah katil saya je. Senang nak 'ngap' dia. hehehe...

Kenapa kene pilih suplement OSTEMATRIX ni pulak? best ke? Jawapan yang jujur dari hati nurani *sambil pejam mata senyum manis* mestilah BEST HABIS.HAVOC HABIS.Bukan je masalah kebas dan kejang saya hilang, dapat bonus kurang masalah sembelit. Almaklumlah, saya ni tak makan sayur.Buah-buahan pun jarang. Mendapatlah sembelit bila nak 'buat saham'. Paling scary masa dalam tempoh berpantang..uishhhhh..seriau bila ingatkan balik minggu pertama lepas bersalin..berpeluh duduk dalam toilet wehhhh..takut nak teran..wuwuwuw..T_T..naseb baik ada OSTE ni..setel~~

Tadaaaaa....introducing you, hero untuk topik kalsium ni, OSTEMATRIX

OSTEMATRIX daripada Shaklee ni menawarkan:
  • kadar penyerapan 99%
  • formula yang unik dan diperbuat daripada mineral semulajadi
  • mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.
Selain daripada menguatkan tulang dan memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas, manfaat utamanya adalah:
  • meringankan stress dengan mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, sakit kepala dan pitam. Mood 'swing' pon boleh jugak.
  • memperbaiki masalah haid dengan pengambilan amount kalsium yang betul yang bertindak meringankan sakit semasa menstrual dan membantu membuang air kecil
  • pengalkalian tubuh dimana kalsium adalah mineral alkali dan berkesan untuk mengimbangi pH tubuh kita.
  • memperbaiki hiperaktiviti perit dan gastrik kerana sifarnya yang alkali seperti kapur. 

Siapa yang perlukan OSTEMATRIX ni? Habaq mai sat...
- Ibu hamil
- Ibu menyusukan anaknya
- Kesihatan lelaki dan wanita
- Wanita yg mengalami masalah haid
- Mereka yang sering kekejangan, kebas-kebas dan sakit sakit tulang
- Mengalami tulang retak, osteoporosis
- Warga emas amatlah digalakkan
- Sering alami masalah sakit urat akibat mengangkat benda berat

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui produk Shaklee dengan lebih lanjut, hubungi saya untuk konsultasi dan nasihat produk percuma kepada anda. Bajet kecil atau besar bulan penghalang, hubungi saya dan in sha Allah saya cuba bantu.



Ida
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 907627 ]
Contact No | WhatsApp : 017-6775989
Email : mombabydiary@gmail.com

No comments:

Post a Comment