#FACTS OF TODAY : Kenali ASID FOLIK


Salam sejahtera semua. Saya doakan anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Kepada bakal ibu, semoga kandungan anda berada dalam keadaan selamat. Macam mana dengan pemeriksaan kandungan anda? Adakah perkara yang merisaukan anda seperti HB Low, suspek GDM atau kekurangan/berlebihan berat badan?

Jangan risau ibu ibu comel semua, setiap kandungan adalah berbeza, jangan cepat membandingkan dengan kandungan rakan rakan atau sesiapa sahaja yang kita temui sepanjang kehamilan kita. Dengar pada nasihat doktor dan juga pandangan pegawai perubatan, sudah cukup memadai. Diingatkan juga pengambilan makanan berkhasiat dan makanan tambahan seperti Asid Folik amatlah perlu dititikberatkan kerana Asid Folik memainkan peranan yang sangat besar kepada para ibu hamil dan juga mereka yang sedang mencuba untuk hamil/conceive.

Hari ini saya ingin mengajak anda semua untuk menambahkan sedikit ilmu tentang apakah fungsi Asid Folik serta simptom kekurangannya dalam tubuh badan kita.

FUNGSI

Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folik asid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.  Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

SUMBER

Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan,  oreng,  sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.






KEKURANGAN

Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :
  • Sakit disekeliling mulut.
  • Sakit lidah.
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
  • Mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) dan (spinal bifida) 
  • Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).
  • Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia)
  • Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:  
    -Sumbing lelangit (cleft palate
    -Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
    -Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) 
    -Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
    -Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah. 

Menyelusuri pengalaman saya sebelum disahkan hamil, saya memang dah mula ambik pil asid folik ni sebab saya tau ia baik untuk mereka yang sedang mencuba untuk hamil. saya start amek dua bulan sebelum berjaya hamil. walaupun baru 4 bulan mendirikan rumah tangga, asakan kiri kanan soalan 'terjah' tu betul betul buat saya naik stress. Sampai satu tahap saya takut nak keluar jumpa orang sebab saya takmau diasak dengan soalan macam tu. Sedih hati mak, nak. lap air mata dengan hujung lengan baju. malam - malam saya buat research kat internet dan dapati kepentingan mengambil asid folik ini walaupun kita belum disahkan hamil lagi. Besoknya lepas kerja saya pegi ke farmasi dan beli 2 papan asid folik.



Sehari hanya perlu ambil sebiji sahaja. dalam masa yang sama saya join forum dan kelab yang membincangkan isu kehamilan untuk mengetahui bagaimana untuk hamil. kalau nak kongsikan disini memang panjang, dan saya hanya akan berkongsi tips atau usaha yang saya lakukan sebelum disahkan hamil ni dengan mereka yang serius mahu tahu dan juga bakal pembeli supplimen Shaklee ni sahaja. Maaf ya, saya bukan kedekut, cuma untuk mendapatkan privasi untuk para pelanggan saya aje.hihi..ampunnn



Dalam Shaklee kita boleh dapatkan kebaikan asid folik ni dengan mengambil pil B-Complex sahaja. Dah la dapat kebaikan B complex, dapat pulak asid folik ni. Pakej...Pakej habis ni..mesti korang semua macam pelik je, kenapa supplement B Complex Shaklee ni best daripada jenama yang ada kat farmasi tu? Meh saya kongsikan fakta ye:

  1. vitamin B complex Shaklee ni telah dihasilkan dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang tinggi dan berkualiti. ini kerana, asid folik yang semula jadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik
  2. mengandungi 8 komponen penting dan salah satunya adalah asid folik yang penting untuk mendapatkan keseimbangan vitamin B dalam badan kita

Setakat ni aje perkongsian saya mengenai asid folik ini, saya akan kongsikan lebih lanjut tentang asid folik dalam Vitamin B complex daripada Shaklee ni dalam entri seterusnya iaitu Kenali B Complex pulak ye.

 

No comments:

Post a Comment