FUNGSI | ||||||||||
Riboflavin adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract. Ia membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan protin. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman. Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6.Pengambilan riboflavin pada amaun yang mencukupi sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin B2.
| ||||||||||
SUMBER | ||||||||||
Kandungan tinggi vitamin B2 boleh didapati dariapada makanan berikut: keju, putih telur, ikan, daging, susu, ternakan ayam & itik, bayam, biji-bijian, dan yogurt. Lain-lain sumber termasuk asparagus, avocado, kobis bunga, rumpai laut, sayuran berdaun hijau, kulat, kacang dan selada air.
| ||||||||||
KEKURANGAN | ||||||||||
Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan :
| ||||||||||
|
#FACTS OF TODAY : Kenali VITAMIN B2 ( Riboflavine )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment