Mungkin ada yang taboo dengan hal perbezaan fizikal susu perahan masing masing, tapi bagi saya ini bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh. Seperti yang kita sedia maklum, pemakanan kita akan mempengaruhi khasiat dan fizikal susu badan kita. Saya sendiri sudah menyaksikan kesan daripada pemakanan saya seharian. Pada masa ni, saya masih ON dengan suppliment menyusu iaitu b complex, esp, alfalfa, vita lea dan ostematrix. Terkadang saya pun ade jugak skip makan sebab lupa, tertidur, dan travel yang tidak dijangka (macam pergi rumah orang kawen je, tapi ter'stay' sampai besoknya sebab driver kepenatan nak balik or ada family gathering) saya perasan bila saya tak makan b complex dan esp, susu saya berwarna sangat cair dan bila dibekukan, akan membentuk lapisan lemak dan air which is lemak dia sangat nipis, tapi air nya yang jernih sangat banyak.
Mulanya saya tak kisah tapi bila tengok berat anak saya naik ciput sangat, saya mula risau. Jadi saya cuba amalkan balik semua suppliment saya dan selepas sesi perahan, saya tengok warna fizikal susu saya tu jadi kekuningan sedikit dan agak pekat. saya biarkan semalaman dalam peti ais dan lihat pulak keadaanya selepas dibekukan, memang ada perubahan! Susu tu masih terpisah lemak dan air, tetapi air tu dah tak jernih lagi. Warnanya agak pekat dan lapisan lemak dekat atas tu pun dah sedikit tebal berbanding sebelumnya. Bila saya tak ambil b complex, just minum esp, susu jadi pekat jugak, tapi warna sama macam susu kotak dutch lady yang kita selalu minum tu.
![]() |
| Kiri : Susu Biasa (putih), Kanan: Susu selepas makan B Complex (sedikit kekuningan) |
Bila direct feeding dengan Adam, dia memang kenyang betul lah. Takde lah menangis meraung tak cukup susu. Sebelum ni susu saya memang sikit, nak dapat 2oz tu memang payah sangat. Dua dua belah pam hanya dapat 40ml je. Memang puas dah menangis, puas cuba macam macam produk dan petua, tapi tak menjadi. Masa tu down sangat sampai saya pernah stop sekejap ambik shaklee ni sebab mind set saya rasa macam semua sama je. Saya ni ibu yang kalau boleh nak mennyusukan anak sampai umur 2 tahun, bila saya dapat kerja awal 2014 hari tu, saya makin risau sebab nak start buat stok susu anak. Bayangkan lah 2 kali perahan baru dapat sebotol susu, anak pulak mau mau nak 5 botol susu. Dengan Adam yang mengempeng 24jam lagi.
Alhamdulillah bila saya beli pam baru, makan suppliment on time, sentiasa keyangkan perut (heheehe..stok makanan kat opis banyak), pam pun on time, makin lama hasil makin banyak. First week dapat 3oz sekali pam, lama lama dah jadi 5-7oz. Kalau lambat pam je, memang lebih. Happy sangat sangat anak dapat minum susu macam biasa. Even bila Adam ber'gayut' kat sebelah, sebelah lagi boleh pam, dapat jugak 3oz.
Alhamdulillah bila saya beli pam baru, makan suppliment on time, sentiasa keyangkan perut (heheehe..stok makanan kat opis banyak), pam pun on time, makin lama hasil makin banyak. First week dapat 3oz sekali pam, lama lama dah jadi 5-7oz. Kalau lambat pam je, memang lebih. Happy sangat sangat anak dapat minum susu macam biasa. Even bila Adam ber'gayut' kat sebelah, sebelah lagi boleh pam, dapat jugak 3oz.
Pendek kata, supplement + pemakanan kita + breast pam juga memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan penyusuan kita berjalan dengan lancar. Emosi pun perlu la tenang. Jangan kelam kabut, stress kat tempat kerja? Ambik b complex, dia boleh bantu mengawal emosi kita agar kita lebih tenang. Bila kita tenang susu pun nak keluar senang, kata suami saya. he's my advisor. Di entri lain nanti saya sharekan ape petua yang dah pernah saya amalkan dan juga amalan amalan semasa menyusu dan memerah stok ebm.
Till we meet again :)
Ida.

Thanks infonya bermanfaat :)
ReplyDeleteDownload film free