#FACTS OF TODAY : Kenali VITAMIN K


FUNGSI
Vitamin K is diperlukan untuk pengeluaran prothrombin, yang mana perlu untuk pembekuan darah. Ia juga mustahak untuk pembentukan dan pembaikian tulang; ia diperlukan untuk sintesis osteocalcin, protin yang terdapat dalam tisu tulang yang mana kalsium menjadi hablur. Akibatnya , ia boleh menolong mencegah osteoporosis.

Vitamin K memainkan peranan penting di dalam salur usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk disimpan dalam hati, memelihara fungsi hati sentiasa sihat. Ia boleh meningkatkan daya tahan kepada jangkitan pada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Ia menolong melanjutkan usia.

 
Terdapat tiga bentuk vitamin K: vitamin K1 (phylloquinone atau phytonactone), didapati daripada tumbuhan; vitamin K2,keluarga daripada bahan dipanggil menaquinones, yang dibuat oleh bakteria usus; dan  vitamin K3 (menadione), adalah bahan sintetik. 


SUMBER
Vitamin K didapati daripada beberapa jenis makanan termasuk asparagus, blackstrap molasses, kobis bunga, Brussels sprouts, kobis, sayuran berdaun hijau gelap , puteh telur, daun salad , hati, oatl,, rai, kacang soya, gandum dan yogurt. Bagaimanapun, majoriti bekalan vitamin ini untuk tubuh kita didapati hasil daripada sintesis bakteria  "baik" yang terdapat dalam usus.


KEKURANGAN
Kekurangan vitamin K boleh menyebabkan :

  • Lemah daya pembekuan darah yang boleh menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus, dan salur kencing; penyerapan darah daripada luka; dan pendarahan otak, bagi kes yang teruk.

#FACTS OF TODAY : Kenali POTASSIUM


FUNGSI
Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi otot.

Kekurangan potassium bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana pengambilan garam yang banyak, makan makanan yang dikilang, pengambilan diuretik dan meminum air yang banyak akan menyahkan potassium daripada badan kita. 

Mereka yang mengambil diuretik untuk mengawal penyakit darah tinggi dan sembab hendaklah berhati-hati apabila mengambil makanan yang tinggi kandungan potassium kerana banyak jenis diuretik yang menyebabkan kehilangan potassium dalam air kencing.

Alkohol, kopi, gula, diuretik, makanan berkarbohidrat rendah , tekanan mental dan fizikal, boleh menyebabkan kekurangan potassium.



SUMBER
Potassium wujud hampir pada semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua makanan yang kita makan. Dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya dengan potassium dapat menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya dengan potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur, jus anggur, tembikai,  prun, peach, pear, dan avocado.

Sayur-sayuran yang kaya dengan potassium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis, kacang, kacang peas dan tomato. 

Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan.



KEKURANGAN
Kekurangan potassium boleh menyebabkan :

  • Keletihan, lemah badan.

  • Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal.

  • Kulit kering, tekanan darah rendah.

  • Sembab, terdapat protin dalam air kencing, dan kejang otot.

Panduan Membeli Breast Pump Yang Bagus



ADAKAH ANDA BAKAL IBU?
MAHU MENYUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN?
MAHU TEBUS KESILAPAN BAGI ANAK SUSU FORMULA SEBELUM NI?
STOK SUSU SEMAKIN BERKURANG?

jom saya kongsikan kepada anda semua apakah perkaitan antara susu badan dan pemilihan breast pump (bp) ni. Untuk memilih breast pump yang bagus, saya cadangkan para ibu melabur atau simpan sikit-sikit duit sehingga cukup untuk membeli breast pump elektronik yang boleh meniru gaya hisapan bayi, kalau yang ada bagi simulation / ransangan penghasilan susu lebih baik. Dan jika boleh gunakan double pump. Jangan jadi macam saya, konon nak jimat duit, dalam pantang beli je pam murahan.single pulak tu. Suami dah tawarkan Medela masa tu, tapi saya tolak sebab fikirkan pembaziran. dulu saya pakai pam Pureen.


Pam ni takde option stimulation dan suction seperti baby. Kita kena control sendiri volume knob dia ikut suka kita. Nak kuat ke tak. Jadinya susu saya tak banyak keluar sebab ritma hisapan tak sama dengan bayi. mula mula pakai pun cik B rasa sakit. Masa guna pam ni, paling tinggi boleh dapat 2oz sahaja dua dua belah, selama sejam pam..Fuhhhhh....memang jenuh la orang kata..then emosi pun macam roller costar bila tengok kawan kawan lain dah ber'oz' dah dalam freezer. *sob sob sob*



" Elektonik breast pump mahal lah, saya mampu pakai manual je dulu tak boleh ke? "

Bukan tak boleh nak beli pam manual, boleh, tapi saya cadangkan elok double lagipun tak semestinya perlu beli pam yang mahal harganya, ikut kemampuan dan bajet. Kepada ibu - ibu yang sedang hamil, boleh la start survey harga dan keserasian pam untuk kegunaan selepas bersalin, khususnya untuk mereka yang akan kembali bekerja selepas habis cuti berpantang. Kena make sure stok Express Brest Milk (EBM) mencukupi untuk keperluan si manja anda bila hantar kepada pengasuh nanti. takde la hati risau susu anak tak cukup.

Nasihat saya, cuba elakkan membeli pump manual kerana kelak anda akan menyesal. Pengunaan pump manual selalunya tahap sedutan yang terhasil agak kuat dan tidak sekata, ini akan menyebabkan breast menjadi bengkak dan sakit. Bila dah sakit mulalah mood down, dan susu yang berjaya diperah pun sikit je. Tapi ini hanya terjadi kepada jenis pam tertentu sahaja. Ini adalah senarai BP yang recommended dipasaran berdasarkan pemerhatian dan pembacaan serta research saya sendiri sebelum merembat bp Spectra M1:

1. Medela
2. Spectra 
3. Rumble Tuff
4. Avent
5. Unimom
6. Mam
7. Tomee Tipee
8. Little Bean
9. Eve Love
10. Snow Bear

Kebanyakan single pump ni boleh di'convert' atau tukar kepada double pum, dengan syarat kita beli aksesori yang diperlukan seperti T tube, dan bp shield. lepas tu dah boleh jadi double pum. tapi ingat ya, hanya sesetengah jenama sahaja yang boleh. Kebaikan double pum adalah:


  • menjimatkan masa anda untuk memerah susu, terutama ketika waktu bekerja. 
  • dapat meningkatkan lagi jumlah penghasilan susu kerana otak kita akan menerima arahan bahawa payudara perlu lebih banyak susu, seolah olah anda sedang menyusukan anak kembar.
  • sekiranya anak anda sedang menyusu, anda boleh tukar pam menjadi single pum dan lakukan 'Tandem Nursing' yang menyamai keadaan anda sedang menyusukan dua orang bayi serentak.


ini adalah Spectra M1 yang saya 'convert'kan menjadi double pum

Sebelum anda semua terjah online blogshop dan kedai kedai bayi, kena baca entri ni sampai habis dulu. Pam susu memang memainkan peranan dalam menentukan kejayaan penyusuan ekslusif bayi. Namun kita perlu tahu jugak ada beberapa point penting disamping penggunaan bp ye. 

Anda perlu tahu bahawa kalau nak susu perahan yang banyak ada beberapa faktor yang perlu ada, iaitu:


->Supply & Demand , iaitu dimana anda perlu kerapkan sesi pump jika nak hasilan stok susu yang banyak. Sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 3 jam sekali anda perlu pump. Jangan tunggu dah bengkak baru nak pump.

->Pump sehingga payu dara jadi kendur / kosong. Jika tidak susu yang baru akan lambat terhasil.

->Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 3 hingga 4 liter sehari.

->Amalkan permakanan sihat, rehat yang cukup dan pengambilan vitamin ( saya cadangkan vitamin dari jenama Skalee kerana ianya 100% semulajadi ) seperti:

1) Vitalea
2) B Complex
3) Vitamin C - klik disini
4) Alfalfa Complex
5) Ostematrix
6) ESP


->Pastikan tahap emosi anda stabil dan yang paling penting banyak-banyakan berdoa agar anak kita dimurah kan rezeki dan dapat membesar dengan sihat.




"Kenapa saya perlu ambil vitamin tambahan? Bukan ke waktu mengandung dah makan obimin, asid folic dan macam-macam lagi yang hospital bagi."



Pengambilan vitamin / suplemen semasa menyusukan bayi mampu memperbanyakkan amaun susu ibu disamping menambahbaik vitamin dan sumber yang diperlukan untuk sistem pertahanan bayi yang masih lemah dan juga pertumbuhan sel-sel badannya.  Malah ia juga penting untuk perkembangan otak si manja. Selain itu pengambilan vitamin juga dapat mengelakkan ibu-ibu yang menyusu dari sakit-sakit pinggang / tulang. Baby dah serap kalsium kita sebab tu perlunya vitamin untuk kembalikan diri kita jadi lebih sihat dan sentiasa bertenaga untuk menghadapi masa-masa gembira dengan baby kita :). Sekiranya si ibu kurang mengambil makanan yang kaya dengan kalsium, alamatnya merasa la sakit pinggang  dan kejang kaki. Sangat tak selesa. rasa nak baringgggg aje. Kalau tak suka minum susu, ambillah supplement Ostematrix.

Lastly saya doakan ibu-ibu yang membaca blog ni berjaya menyusukan baby sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun. Kalau dapat lebih lagi bagus :)



Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:
 Ida
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 907627 ]
 Contact No | WhatsApp : 017-6775989
 Email : mombabydiary@gmail.com



#FACTS OF TODAY : Kenali KALSIUM


Hari hari saya minum susu. Sejak mula pregnant sampai sekarang saya masih minum susu. Alhamdulillah saya takde masalah nak consume produk tenusu ni. Cuma saya sukakan fresh milk dan plain milk aje. Tak suka yang ada perasa strawberi lah coklat lah..Saya takde la minum susu spesifik pun. Asalkan susu..ikut bajet jugak..masa mengandung memang minum Anmum Materna sampai nak bersalin. Dalam pantang saya ter'stop' minum sebab sibuk cari 'milk booster' yang natural..macam macam lah cuba, Horlicks lah..buah longan lah..ada yang menjadi, ada jugak yang fail. Hujung hujung pantang baru saya start minum susu semula. Saya beli brand Fernleaf, jenama yang saya minum dari kecik, kata ayah dan ibu saya lah. Lepas Fernleaf saya tukar ke Everyday pulak. Sama je rasanya.Hehehe..


Saya ada kawan/saudara/adik beradik yang TAK SUKA & TAK BOLEH minum susu. Nak muntah balik katanya. Memang tak minum susu dan semua adik beradik produk susu hatta minuman bersusu macam teh ais lah, milo ais lah..bandung lah..Bila dapat tau yang diri mereka hamil, masing masing mula bukak cerita yang mereka runsing khasiat kalsium tak sampai kat baby sebab dorang tak minum susu. Kalau korang pun ada masalah ni, meh kita bincangkan dan cari solusinya bersama. Sebelum cerita pasal solusi, kene lah tau fakta dulu, ye dak? Jadilah pengguna bijak.


APA ITU KALSIUM DAN APA YG DIA BUAT DALAM BADAN KITA?
Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis.Dalam sehari, kita perlukan minima 100mg kalsium.


  • 800 mg untuk dewasa di atas 25 tahun 
  • 1,000 mg selepas usia 50 tahun. 
  • Ibu hamil dan menyusu badan perlu mengambil 1,200 mg kalsium sehari.
Keperluan  kalsium  anak-anak dan remaja meningkat sesuai usia:
  • Bayi berumur 0 - 5 bulan: 400 mg
  • Bayi 6 bulan - 1 tahun: 600 mg
  • Anak usia 1 - 10 tahun: 800 mg
  • Remaja usia 11 - 24 tahun: 1,200 mg
Nampak? Bukan calang-calang fungsi kalsium ni dalam badan kita. Tulang temulang kita ni kalau tak dijaga dan dibekalkan dengan nutrien yang sepatutnya alamatnya mudah patah, rapuh dan berubah strukturnya. Bukan tulang aje, gigi kita pun perlukan kalsium yang banyak, lagi lagi golongan kanak-kanak sebab mereka ni sedang membesar. Kekurangan kalsium akan 'membantutkan' tumbesaran mereka dan pertumbuhan gigi susu kepada gigi kekal. 


DARI MANA NAK DAPATKAN KALSIUM NI?
Kebanyakkan kalsium berasaskan makanan datang daripada bahan tenusu. Anggapan bahawa kalsium daripada tenusu tidak diserap sebenarnya tidak disokong oleh kajian saintifik.  Lain-lain sumber kalsium yang baik termasuk sardin, ikan salmon yang ditinkan, sayuran berdaun hijau, dan tofu. Secara point formnya, kalsium boleh didapati daripada:


  1. KEJU atau produk berasakan keju
  2. YOUGHURT
  3. SAYURAN HIJAU
  4. KACANG SOYA
  5. BUAH-BUAHAN KERING
  6. KACANG PUTIH
  7. BIJI BIJAN
  8. SUSU SOYA
  9. OREN
  10. OATMEAL
  11. IKAN SARDIN DALAM TIN
  12. TAUHU
  13. BROKOLI
  14. KACANG ALMOND
  15. PISANG


KALAU KEKURANGAN KALSIUM, JADI APE EH?
Jangan main-main uols. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan :

  • Kejang otot pada muka , tangan dan kaki.

  • Tekanan darah dan rentak denyutan jantung tidak teratur.

  • Penyakit rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia pada orang dewasa
  • Mengakibatkan sembelit dan tidak lawas.
MACAM MANA NAK PILIH PRODUK KALSIUM YANG BAGUS?
Bagus betul soalan awak ye. hihi.. untuk memilih supplement kalsium yang bagus, hendaklah buat sedikit kajian dan meneliti kandungan supplement dahulu. Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium. Elakkan produk yang diperbuat daripada tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum. Elakkan jugak menural chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.


Pengalaman saya semasa hamil dan selepas bersalinkan baby Adam, bila tak minum susu je automatik betis akan kejang sangat bila nak baring..kadang kadang duduk lama sangat pun dia kejang. Berkelip-kelip jugaklah mata ni menahan bisa kejang tu. Bila dah minum susu baru dia beransur kurang sakitnya. Maksudnya bukanlah on the spot hilang, besok besoknya takde dah la kene bisa tu lagi. Disebabkan saya malas dan takde orang nak bancuhkan susu untuk saya masa dalam pantang, saya ambil suplemen OSTEMATRIX ni untuk gantikan susu tu. Botol Oste ni memang saya standbykan sebelah katil saya je. Senang nak 'ngap' dia. hehehe...

Kenapa kene pilih suplement OSTEMATRIX ni pulak? best ke? Jawapan yang jujur dari hati nurani *sambil pejam mata senyum manis* mestilah BEST HABIS.HAVOC HABIS.Bukan je masalah kebas dan kejang saya hilang, dapat bonus kurang masalah sembelit. Almaklumlah, saya ni tak makan sayur.Buah-buahan pun jarang. Mendapatlah sembelit bila nak 'buat saham'. Paling scary masa dalam tempoh berpantang..uishhhhh..seriau bila ingatkan balik minggu pertama lepas bersalin..berpeluh duduk dalam toilet wehhhh..takut nak teran..wuwuwuw..T_T..naseb baik ada OSTE ni..setel~~

Tadaaaaa....introducing you, hero untuk topik kalsium ni, OSTEMATRIX

OSTEMATRIX daripada Shaklee ni menawarkan:
  • kadar penyerapan 99%
  • formula yang unik dan diperbuat daripada mineral semulajadi
  • mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.
Selain daripada menguatkan tulang dan memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas, manfaat utamanya adalah:
  • meringankan stress dengan mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, sakit kepala dan pitam. Mood 'swing' pon boleh jugak.
  • memperbaiki masalah haid dengan pengambilan amount kalsium yang betul yang bertindak meringankan sakit semasa menstrual dan membantu membuang air kecil
  • pengalkalian tubuh dimana kalsium adalah mineral alkali dan berkesan untuk mengimbangi pH tubuh kita.
  • memperbaiki hiperaktiviti perit dan gastrik kerana sifarnya yang alkali seperti kapur. 

Siapa yang perlukan OSTEMATRIX ni? Habaq mai sat...
- Ibu hamil
- Ibu menyusukan anaknya
- Kesihatan lelaki dan wanita
- Wanita yg mengalami masalah haid
- Mereka yang sering kekejangan, kebas-kebas dan sakit sakit tulang
- Mengalami tulang retak, osteoporosis
- Warga emas amatlah digalakkan
- Sering alami masalah sakit urat akibat mengangkat benda berat

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui produk Shaklee dengan lebih lanjut, hubungi saya untuk konsultasi dan nasihat produk percuma kepada anda. Bajet kecil atau besar bulan penghalang, hubungi saya dan in sha Allah saya cuba bantu.



Ida
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 907627 ]
Contact No | WhatsApp : 017-6775989
Email : mombabydiary@gmail.com

#FACTS OF TODAY : Kenali ASID FOLIK


Salam sejahtera semua. Saya doakan anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Kepada bakal ibu, semoga kandungan anda berada dalam keadaan selamat. Macam mana dengan pemeriksaan kandungan anda? Adakah perkara yang merisaukan anda seperti HB Low, suspek GDM atau kekurangan/berlebihan berat badan?

Jangan risau ibu ibu comel semua, setiap kandungan adalah berbeza, jangan cepat membandingkan dengan kandungan rakan rakan atau sesiapa sahaja yang kita temui sepanjang kehamilan kita. Dengar pada nasihat doktor dan juga pandangan pegawai perubatan, sudah cukup memadai. Diingatkan juga pengambilan makanan berkhasiat dan makanan tambahan seperti Asid Folik amatlah perlu dititikberatkan kerana Asid Folik memainkan peranan yang sangat besar kepada para ibu hamil dan juga mereka yang sedang mencuba untuk hamil/conceive.

Hari ini saya ingin mengajak anda semua untuk menambahkan sedikit ilmu tentang apakah fungsi Asid Folik serta simptom kekurangannya dalam tubuh badan kita.

FUNGSI

Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folik asid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.  Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

SUMBER

Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan,  oreng,  sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.






KEKURANGAN

Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :
  • Sakit disekeliling mulut.
  • Sakit lidah.
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
  • Mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) dan (spinal bifida) 
  • Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).
  • Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia)
  • Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:  
    -Sumbing lelangit (cleft palate
    -Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
    -Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) 
    -Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
    -Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah. 

Menyelusuri pengalaman saya sebelum disahkan hamil, saya memang dah mula ambik pil asid folik ni sebab saya tau ia baik untuk mereka yang sedang mencuba untuk hamil. saya start amek dua bulan sebelum berjaya hamil. walaupun baru 4 bulan mendirikan rumah tangga, asakan kiri kanan soalan 'terjah' tu betul betul buat saya naik stress. Sampai satu tahap saya takut nak keluar jumpa orang sebab saya takmau diasak dengan soalan macam tu. Sedih hati mak, nak. lap air mata dengan hujung lengan baju. malam - malam saya buat research kat internet dan dapati kepentingan mengambil asid folik ini walaupun kita belum disahkan hamil lagi. Besoknya lepas kerja saya pegi ke farmasi dan beli 2 papan asid folik.



Sehari hanya perlu ambil sebiji sahaja. dalam masa yang sama saya join forum dan kelab yang membincangkan isu kehamilan untuk mengetahui bagaimana untuk hamil. kalau nak kongsikan disini memang panjang, dan saya hanya akan berkongsi tips atau usaha yang saya lakukan sebelum disahkan hamil ni dengan mereka yang serius mahu tahu dan juga bakal pembeli supplimen Shaklee ni sahaja. Maaf ya, saya bukan kedekut, cuma untuk mendapatkan privasi untuk para pelanggan saya aje.hihi..ampunnn



Dalam Shaklee kita boleh dapatkan kebaikan asid folik ni dengan mengambil pil B-Complex sahaja. Dah la dapat kebaikan B complex, dapat pulak asid folik ni. Pakej...Pakej habis ni..mesti korang semua macam pelik je, kenapa supplement B Complex Shaklee ni best daripada jenama yang ada kat farmasi tu? Meh saya kongsikan fakta ye:

  1. vitamin B complex Shaklee ni telah dihasilkan dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang tinggi dan berkualiti. ini kerana, asid folik yang semula jadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik
  2. mengandungi 8 komponen penting dan salah satunya adalah asid folik yang penting untuk mendapatkan keseimbangan vitamin B dalam badan kita

Setakat ni aje perkongsian saya mengenai asid folik ini, saya akan kongsikan lebih lanjut tentang asid folik dalam Vitamin B complex daripada Shaklee ni dalam entri seterusnya iaitu Kenali B Complex pulak ye.

 

#FACT OF TODAY : Kenali VITAMIN C ( Ascorbic Acid )


Hari ni saya nak ajak pembaca semua untuk memahami jenis vitamin yang paling penting dan paling digemari pengambilannya oleh segenap lapisan masyarakat iaitu Vitamin C. Secara ringkasnya,
  • vitamin ini diperlukan untuk fungsi metabolisma badan kita termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu baru, fungsi kilang adrenal, dan gusi yang kekal sihat.

  • membantu mengeluarkan hormon ANTI STRESS dan interferon, sejenis protin untuk sistem imuniti yang penting dan metabolisma folik asid, tairosin dan phenylalanine.

  • mencegah daripada kesan pencemaran keatas sistem badan kita, kanser, melindungi daripada jangkitan dan meningkatkan keupayaan sistem imuniti atau pertahanan badan.

  • meningkatkan penyerapan zat besi dan bersifat magnetik terhadap sesetengah logam berat dalam badan dan akan menjadikan bahan tersebut tidak merbahaya dan seterusnya dinyahkan daripada sistem tubuh badan kita

" tahukah anda racun daripada labah - labah hitam yang sangat berbisa itu boleh ditawarkan dengan memberi Vitamin C dalam dos yang tinggi? "

  • mengurangkan paras kolestrol tidak baik dan meningkatkan paras kolestrol baik

  • menurunkan tekanan darah tinggi dan mencegah "atherosclerosis"

  • membantu dalam pembentukan kolagen dan pembekuan darah yang tidak normal dan lebam, risiko katarak dan mempercepatkan penyembuhan luka dan lecuran terbakar.

Sumber

Setelah mengetahui fungsi dan peranan sebenar vitamin ini dalam sistem anatomi kita, perlulah diketahui juga sumber makanan yang memberikan manfaat vitamin ini kepada kita. untuk pengetahuan, vitamin ini 100% perlu diperolehi melalui makanan semulajadi atau makanan tambahan (supplement). pengambilan dos yang betul akan mengekakan vitamin ini didalam badan untuk tempoh masa tertentu kerana pengambilan yang lebih akan mengakibatkan vitamin ini larut dalam air kencing seterusnya dikumuhkan keluar daripada badan kita. Anggaran sehari kita perlu mengambil 500mg vitamin c dan ia boleh diperolehi daripada buah buahan sitrus atau bersifat masam dan sayuran hijau.

sila rujuk gambar dibawah untuk senarai buah buahan dan sayuran yang lebih detail :)


Apakah yang akan terjadi sekiranya kekurangan vitamin C?
  • lemah badan
  • sakit-sakit dan sengal badan
  • bengkak gusi
  • hidung berdarah
  • scurvy iaitu pendarahan pada badan, lebam lebam dan gusi berdarah, gigi mudah tercabut, pendarahan ke dalam otot dan sendi yang menyebabkan kesakitan
  • anemia atau kekurangan sel darah merah

Takut kan lepas tau yang vitamin C ni sangat sangat penting pada kita? macam mana nak pastikan vitamin c ni kekal dalam badan untuk tempoh masa yang lama tanpa perlu makan sumbernya banyak banyak kali sehari? 500mg tu banyakkkk..

Jangan la risau adik kakak abang pakcik dan makcik, Shaklee ada penyelesaiannya yang sangat praktikal dan efisyen untuk kita. Shaklee telah memperkenalkan produk SUSTAIN RELEASE VITA-C PLUS yang meliputi semua kebaikan dan keperluan tubuh badan kita. Menariknya berkaitan supplement vitamin C ini adalah vitamin c akan dilepaskan secara berkala kedalam sistem badan kita setiap sejam. macam mana? meh saya terangkan sikit lagi.

Setiap biji mengandungi 500mg vitamin C dan akan dilepaskan sedikit demi sedikit dosnya setiap jam untuk mengelakkan daripada dinyahkan ke sistem perkumuhan. what a waste, kan? vitamin C ni boleh diambil sebanyak 2 tablet sehari dan vitamin c yang dibekalkan tahan untuk lebih 24jam.

inilah rupa botol SUSTAIN RELEASE VITA-C PLUS tu

yang ni pulak CHEWABLE VITA-C atau yang boleh dikunyah


Shaklee sangat prihatin dalam mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh pengamalnya. Ada yang takut nak telan pil, ada yang malas nak bancuh bancuh. Jadi, sekiranya anda tak suka telan pil atau bancuh bancuh, boleh la kunyah atau kemam je vitamin C ni. Paling bagus untuk diberikan kepada anak anak kita, sebab golongan kanak kanak yang paling mudah mendapat penyakit dan dijangkiti penyakit kerana imunisasi mereka masih tidak sempurna.

Jom berkenalan dengan Vitamin C daripada Shaklee ni.

  • Telah ditambah dengan Citrus Bioflavanoid Complexe yang melengkapkan lagi kebaikan Chewable Vita-C ini
  • Tiada perasa atau perwarna tiruan, dan rasanya tidaklah semasam dan sepahit Sustain Release Vit C kerana kandungan chewable ini adalah 100mg per tablet.
  • Boleh diambil sehingga 5 tablet Chewable Vit C sehari bersamaan sebiji Sustain Release Vit C juga bersamaan 2biji setengah buah oren
  • Kanak kanak seawal usia 4 tahun hingga dewasa boleh mengambil tablet ini (utk chewable) 

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, promosi terkini, harga terbaik juga konsultasi percuma dari hati ke hati, hubungi saya. In Sha Allah, kita bantu awak ye ;)



Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

 Ida
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 907627 ]
 Contact No | WhatsApp : 017-6775989
 Email : mombabydiary@gmail.com

Vitamin dan Zat Galian

Vitamin dan zat galian adalah elemen penting yang diperlukan oleh kita dalam kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang sihat. Bagi orang dewasa kerperluan vitamin dan mineral ini adalah bagi menjamin tubuh badan sentiasa sihat. Badan kita tidak dapat membina secara sintesis vitamin dan mineral justeru itu dan ianya diperolehi daripada makanan yang kita ambil.

Terdapat berbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.Untuk memastikan pertumbuhan yang sihat di kalangan kanak-kanak dan mencegah kekurangannya bagi orang dewasa, US Academy of Science telah menggunapakai RDA (Recommended Daily Allowance) atau keperluan harian yang disyorkan yang mana ianya menentukan kadar anggaran keperluan vitamin dan mineral oleh badan. RDA menetapkan kadar yang berlainan mengikut usia dan jantina. Untuk mendapatkan RDA yang betul, vitamin dan mineral mestilah diperolehi daripada makanan yang seimbang.



Dengan memakan berbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin, seseorang yang sihat pada semua peringkat umur akan memperolehi vitamin dan mineral secukupnya daripada makanan tersebut.

Walaubagaimanapun sekiranya anda berasa anda tidak makan secara yang betul atau disyorkan oleh doktor anda untuk mengambil tambahan vitamin dan mineral, anda boleh mendapatkan vitamin dan mineral ini yang dijual di Farmasi tanpa preskripsi dari doktor.


BILAKAH KITA PERLUKAN VITAMIN DAN MINERAL ?

Pertama sekali kita hendaklah merujuk kepada doktor yang mana beliau akan membuat pemeriksaan dan menentukan keperluan vitamin dan mineral yang sepatutnya diambil. Terdapat beberapa keadaan di mana vitamin dan mineral tambahan diperlukan.


  • Kekurangan vitamin dan mineral.

  • Wanita mengandung dan menyusukan bayi.

  • Bayi pra matang.

  • Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan.

  • Kegagalan buah pinggang yang mana memerlukan makanan rendah protin, lemah daya penyerapan, kekeringan atau dehidrasi yang mana memerlukan potassium/sodium dan beberapa jenis garam galian yang lain.

  • Selsema/flu, di mana vitamin C dapat membantu proses penyembuhan.

  • Bagi vegetarian yang mana tanpa makan telur dan minum susu mereka akan mengalami kekurangan vitamin B12.



KESAN SAMPINGAN !

Ramai yang menganggap bahawa vitamin dan mineral tidak memudaratkan apabila diambil berlebihan kerana mempercayai lebih banyak lebih baik. Hakikatnya bahawa apa saja yang diambil berlebihan pastinya akan membawa kesan yang memudaratkan. Begitu juga halnya dengan vitamin dan mineral yang mana pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan dan dalam keadaan tertentu akan merosakkan badan kita.

Vitamin larut lemak umpamanya jika diambil berlebihan akan berkumpul dalam aliran darah dan boleh menyababkan keracunan bila mencapai paras kepekatan yang tinggi.

Vitamin A yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala, loya, cirit, kulit kering/gatal, rambut gugur dan hilang selera makan. Lemah badan dan pusingan haid tidak menentu adalah gejala biasa namun dalam keadaan yang teruk boleh menyebabkan sakit tulang serta pembesaran hati dan limpa. Beta kerotin dalam dos yang tinggi pula boleh menyebabkan kulit bertukar warna oreng kekuningan dan bagi wanita mengandung menyebabkan kecacatan.

Vitamin D yang diambil berlebihan boleh menyebabkan simpanan luar biasa kalsium pada tisu lembut, dinding salur darah dan buah pinggang. Ia juga merencat tumbesaran pada kanak-kanak.

Berlebihan dalam pengambilan kalsium boleh mengurangkan amaun penyerapan zat besi dan zink dan menyebabkan sembelit dan loya. Risiko terjadinya palpitasi adalah tinggi dan simpanan kalsium yang banyak pada buah pinggang boleh menyababkan batu karang dan merosakkan buah pinggang.

Zat besi yang berlebihan pula menyebabkan ianya terkumpul dalam organ badan mengakibatkan kegagalan jantung, penyakit hati dan kencing manis.

Pengambilan potasium/sodium menyebabkan gangguan yang serius kepada rentak denyutan jantung dan merosakkan saraf/buah pinggang.


PERHATIAN !

Sebelum mengambil sebarang vitamin dan mineral rujuklah kepada doktor anda untuk menentukan tahap kesihatan anda. Ini akan mencegah daripada berlakunya sebarang kesan yang tidak diingini kepada badan anda hasil daripada pengambilan vitamin dan mineral tersebut.

Vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan makanan. Ia hanyalah makanan tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan yang diperlukan oleh badan kita.


#FACT OF TODAY


Setiap hari isnin, dan khamis saya akan cuba untuk share fakta-fakta mengenai vitamin dan zat galian. Semoga ia memberi manfaat kepada anda semua :)

 

Makanan Tambahan Apakah Yang Anda Perlu Ambil Semasa Mengandung? (Shaklee & Kehamilan)




Salah satu soalan yang kerap ditanya daripada bakal ibu adalah apakah makanan tambahan yang perlu diambil semasa mengandung. Saya pun banyak buat research dan pembacaan masa mengandungkan anak pertama tahun 2012 dulu.

Selepas buat research sume tu, saya dapati yang supplement daripada Shaklee ni sangat bagus dan bersesuaian dengan bajet dan keperluan harian saya. Yelah, saya ni bukanlah jenis yang makan sayur, nak nak sayuran hijau. Memang dari kecik lagi tak makan sayur. Kalau makan, confirm muntah balik, setakat carrot, kubis dalam salad tu makan la lagi. Daun salad nasi ayam ke, yang tu makan la..hehehe..bila dah start mengandung, saya asyik la berharap yang saya akan mengidam nak makan sayur hijau, tapi tak la pulak kan. So dengan supplement Shaklee ni saya harap boleh la memberikan nutrien yang diperlukan oleh janin dalam kandungan saya untuk membesar dengan lebih baik lagi. Semoga sihat dan membesar dengan sempurna.

Jenama Shaklee ni bukan baru setahun dua dipasaran, rasanya dari mak mak kita lagi dah ada. Cuma masyarakat kita pada masa tersebut masih taboo dengan penggunaan supplement ni dalam amalan harian. Lebih gemarkan persediaan tradisional seperti minum soya untuk kulit anak putih, dan sebagainya. Walhal kita sendiri tak pasti adakah mencukupi nutrien dan khasiat tersebut untuk janin dan diri kita sendiri? Saya selalu berfikir, kadang kadang badan kita tak perlukan ubat untuk sembuh, tetapi perlukan supplement untuk ‘menampal’ mana mana lohong nutrien yang ada. Bila dah lengkap semua lohong, barulah badan kita akan berfungsi dengan lebih baik. Kan kita dah ada anti bodi semula jadi?

Saya bukan seorang doktor tetapi Shaklee mempunyai banyak doktor yang hebat-hebat dan ini adalah apa yang mereka cadangkan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung. Mengamalkan diet sihat yang seimbang penting untuk memastikan para ibu yang mengandung dan menyusu memenuhi keperluan pemakanan , selain itu saya mengesyorkan juga gabungan makanan tambahan Shaklee yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada vitamin sintetik. Kerana saya percaya yang "ori itu lebih baik dari spicy" :)

Antara supplement Shaklee yang saya amalkan dari mengandung, berpantang dan menyusukan anak saya :

Vita Lea (Multivitamin)
-Membekalkan segala vitamin dan mineral penting untuk ibu dan bayi
1 ke 2 biji sehari

Vitamin C (recommended untuk ibu ibu yang kurang makan buah-buahan)
-Membina antibodi badan dan mengalakkan pertumbuhan sel-sel tubuh yang baru
1 biji sehari

B Complex (sesuai untuk gantikan acid folic dan obimin. Tak payah telan sampai 2 jenis)
-Mengandungi asid folic, mengurangkan rasa loya dan mengurangkan stress
1 ke 2 biji sehari

Ostematrix (ini paling penting untuk ibu2 yang tak suka/kurang minum susu. Masa mengandung akan selalu rasa sakit kat belakang badan, pinggang, krem kaki)
-Membekalkan kalsium mencukupi serta menyokong pertumbuhan tulang bayi
4 biji sehari

Omega Guard
-Kaya dengan EPA dan DHA, baik untuk :

Perkembangan mata bayi (trimester2)
Perkembangan otak bayi (trimester 3)
1 biji sehari

Energizing Soy Protein (ESP) (lepas minum ni, ramai orang tegur kulit muka saya dan baby macam glowing. Walhal saya bukan gebu orangnya. Kulit baby pun cantik, takde ruam dan alergi. Putih lagi)
-Menggalakan tumbesaran bayi
-Membekalkan tenaga
-Serta mencantikan kulit
1 sudu besar sehari


Sekiranya anda rasa anda perlukan supplement untuk ‘top up’ balik nutrien yang tidak lengkap tu, boleh la mencuba rangkaian produk Shaklee ni. Pasal bajet jangan dirisaukan, hubungi aje saya, saya akan cuba bantu anda untuk dapatkan produk yang bersesuaian dan betul betul diperlukan sekiranya bajet adalah masalah utama anda. Kesihatan anda dan kandungan adalah lebih penting bagi saya. Apa yang anda akan dapat sekiranya membuat pembelian produk Shaklee dengan saya :

  • Konsultasi selepas pembelian dan semasa penggunaan tanpa had. Saya bukan penjual yang touch n go saje ye ;)
  • Panduan pemakanan supplement dari semasa ke semasa. Sekiranya perlu, nasihat pemakanan seimbang dan diet yang sesuai dengan keadaan anda. Boleh share resepi macam mana nak bancuh ESP dan sebagainya.
  • Penjimatan yang super jimat dengan promosi sepanjang masa, dan berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee. Tak rugi menjadi ahli pun walaupun untuk kegunaan sendiri.



Selain daripada hubungan penjual dengan pembeli, kita juga dapat meluaskan jaringan persahabatan seperti yang dituntut agama kita. Mungkin akan ada hikmahnya dalam persahabatan tu nanti. Wallahualam. 



Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

 Ida
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 907627 ]
 Contact No | WhatsApp : 017-6775989
 Email : mombabydiary@gmail.com