[PART 2] Pengalaman bersalin secara induce

2/8/2013 (Jumaat)

Pagi pagi lagi nurse dah kejutkan untuk bangun mandi, sarapan dan kemaskan diri. Doktor wad dan doktor besar nak round katanya. Attenden hospital pun sibuk mengemas tilam bantal kita cantik cantik. Doktor round pukul 10 pagi, so dalam pukul 8 lebih tu nurse panggil ke bilik pemeriksaan untuk masukkan ubat induce tu. Kawan katil sebelah siap wish 'Good Luck' sebab dia dah masuk dos kedua dah..tengah layan contraction tu. So terkedek kedek la mak incik jalan ke bilik rawatan tu.Sorang doktor perempuan masuk dan arahkan saya baring. Dia cakap cakap ngan nurse sambil tangan dia seluk laluan bawah tu. Sakit sangat ok...sakit sangat doc perempuan ni buat..Ya Allah...'Dik, saya tolong 'bukak jalan' sikit ni ye..awak dah tak lama lagi nak bersalin ni..pintu rahim dah lembut..sy asikla teradoiii adoiii sebab ngilu menyucuk nyucuk. Lepas dia seluk je makin banyak lendir dan darah keluar. ' Nanti baring je kat bed ye. Jangan bangun dalam masa sejam. Takut ubat terkeluar balik'. Yolah cik nurse....

So lepas masuk ubat pon saya still rileks. tapi rasa 'sesuatu' dah kat perut ni..macam orang perutnya penuh dan kembung. Kejap datang kejap pergi..sejam mcm tu la gapnya. Kawan sebilik dah sorang sorang kena tolak ke labor room (LR). Ada yang kene ceaser sebab jalan tak bukak tapi contraction macam 5cm..ada yang mengerang sakit sorang sorang, bila cek rupanya dah 6cm..macam the flash nurse buat kerja nak tolak dia ke LR. Risau dia terberanak kat situ je..hehe..kawan sebelah pun nak ke labor room..dah bukak 3cm dah..dia ni kes leaking tapi jalan lambat bukak..contraction pon light light je katanya. Sudahnya tinggalla sy sensorang kat bilik tu..suami datang teman makan tengahari (dah la orang tu puasa, suh pulak teman makan..kikikii) lepas sudah makan teman suami sampai pintu ward..nurse pun panggil nk tengok progress ubat katanya. Maka terkedeklah mak incik ke bilik pemeriksaan sekali lagi. Hopefully bukan doktor tadi..seram mak..

Tak payah disuruh nurse, kali ni saya yang rela pegi baring kat katil tu dan buat posisi macam pagi tadi. Doc lelaki melayu pulak yang masuk.dengan uniform biru macam baru lepas keluar bilik bedah. Dia baca buku laporan dan terus seluk. katanya masih 2cm tapi pangkal rahim sudah menipis dari sebelumnya. Kebetulan seorang doktor senior perempuan bersuara. 'mungkin midnight ni awak akan bersalin lah..atau pun awal pagi besok. So make sure simpan energy ye' macam tu la lebih kurang ayatnya. Lepas tu pegi balik kekatil untuk berehat selama sejam sebelum sambung aktiviti berjalan atau bersaie dari hujung sana ke pintu depan..excersice katanya. Sampai je kat katil, perut saya rasa dijerut jerut. Rasanya sebijik macam senggugut yang saya selalu rasa sebelum kahwin dulu.. Masya Allah..contraction ke ni? tapi sela masa nya kejap sangat. Saya capai hp dan mula guna contraction tracker app untuk rekod masa kontraksi selama sejam nanti. Memang sakit sampai saya xsenang duduk la kt tilam tu..kekanan..kekiri..kejap saya duduk bersila..saya berdiri dan cuba berjalan sekeliling wad. kebetulan waktu tu nurse tukar shif. jadinya dorang tak perasan yang saya baru lepas masuk ubat dan tak boleh berjalan jalan. Saya dapati bila berjalan ni sakit tu berkurang. Saya baca paper, untuk alih perhatian tapi tak berjaya..Perut bawah tu rasa di jerut mcm orang ikat tepi plastik air.sakittttt...


untuk lekakan diri, saya tulis merepek repek atas paper tu..boleh baca tak??

Dalam pukul 3 petang saya ke kaunter nurse. Saya tanya nurse saya dah boleh bergerak ke? Nurse muka confuse je. Saya suruh nurse cek bukaan saya sebab saya rasa sakit yang kerap (selang masa 2-3 minit) dan setiap contraction dalam 1minit kebawah. Mulanya nurse taknak sebab saya baru sejam masuk ubat. Tak mungkin bukaan dah buka banyak. tapi saya merayu pada nurse, mintak tolong sangat. Kemudian ada 2 orang nurse ikut saya ke katil saya dan buat prosedur cek bukaan. nurse pertama cuba seluk dan muka dia pon terkejut...! 'Dah 5cm la...comfirm 5cm ni..tapi awak baru masuk ubat kan?' saya mengangguk dalam muka berkerut. 'pukul 2 tadi masuk ubat' kemudia nurse kedua pulak cuba seluk..tak puas hati katanya..takkan secepat ni. Lepas dia seluk, dia pun buat muka terkejut. 'Comfirm 5cm! ok call labor room ada kosong tak..kes urgent ni'. kemudian berlari larilah kedua nurse ni mengambil file dan persiapan bersalin saya. saya ingat lagi, sepatutnya nurse akan bagi baju OT dan ubat sabun untuk 'membuang', tapi disebabkan saya urgent sangat dan nurse takut saya terberanak dalam tandas, dia tolong masukkan ubat tu ke dubur saya dan saya terus rasa nak berry. hihi..siap nurse pesan jangan teran..biarkan dia keluar sendiri. jangan kunci pintu tandas..lepas membuang, nurse tunggu dengan wheelchair. Maka bermulalah perjalanan dan perjuangan saya melahirkan little caliph ni.


beginilah keadaan saya masa menahan 8cm kontraksi..yang baju biru berkaca mata tu lah doktor yang sambut kelahiran Adam

Sampai di labor room, saya disambut 2 orang staff nurse dan diambil tekanan darah dan dipasang drip air. Perut pulak di ikat dengan alat CTG yang akan memantau bacaan jantung bayi sampai tiba masa melahirkan. Pada saat tu saya terbayangkan wajah mak saya yang melahirkan saya..mungkinkah begini apa yang emak rasa dulu? Subhanallah, ringankanlah penderitaan aku..kasihanilah dan sayangilah aku..panjangkan usia aku dan bayi ini di duniaMu..Sakit semakin memuncak, saya merayu untuk dapatkan suntikan epidural, mulanya suami takbagi..tapi lepas saya pujuk pujuk dan mula 'membuat perangai'  dengan turun dari katil dan berdiri dengan posisi yang saya suka (sampai kene marah dengan nurse. Dia kata saya degil..hihi ;p) suami benarkan. Nurse cakap kene cek bukaan dulu. kalau dah 8cm keatas, takboleh guna epidural lagi. Kemudian seorang doktor lelaki melayu kecik molek masuk. dia minta kebenaran nak pecahkan ketuban sebab dah 5cm. Dia seluk dan masukkan sebatang kayu halus untuk pecahk air ketuban. habis basah baju saya..nurse tadi tukarkan baju yang baru..merengkotlah saya menahan contraction lepas ketuban pecah.. Maha suci Allah, sakitnya berganda lepas ketuban pecah. Dalam hati saya asyik berbisik 'Lailahailla anta subhanaka inni kuntuminazzalimin' itulah ucapan saya..tiada lagi perbualan dengan orang sekeliling..sejam kemudian doktor pakar bius dan pakar kelahiran datang untuk cek bukaan sebelum suntik epidural. malangnya saya tak boleh ambil kerana pada waktu itu bukaan saya sudah 8cm. Tak lama lagi nak melahirkan Adam. Walaupun hampa tak dapat painkiller, saya gembira sebab Allah makbulkan doa saya, kesakitan ini akan terhapus tak lama lagi. Sekitar jam 5.30 ptg, doktor yg akan menyambut bayi saya datang memeriksa bacaan CTG dan bukaan laluan. Sudah full katanya. Saya disuruh meneran sekiranya ada rasa 'urge' atau rasa nak push buang air besar. Saya tarik nafas panjang dan cuba untuk meneran. Saya recall memori saya dan cuba praktikkannya. Saya arahkan suami untuk tekan lutut saya kebawah untuk elakkan saya angkat punggung, dan saya pejam mata, cecahkan dagu ke dada semasa meneran. Kangkang seluasnya untuk memudahkan kepala bayi keluar. Doktor memuji teknik teran saya bagus, dan dalam beberapa kali teran, keluarlah putera comel saya ni..tinggi orangnya..semasa proses kelahiran tu, saya hanya dengar kata suami..'dah nampak rambut..dah sampai telinga..dah keluar kepala..push untuk keluarkan badan..' lepas dah keluar Adam, doktor cucuk peha kanan untuk keluarkan uri. saya diminta meneran sedikit untuk keluarkan uri.terasa satu beban sudah hilang di perut ni..tiada lagi memboyot..tiada lagi contraction..hilang sudah semua kesakitan..

Saya kini menunggu detik seram dalam perjalanan kelahiran Adam iaitu sesi menjahit luka. Sewaktu meneran doktor telah menggunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Jadinya kena la jahit balik yang koyak tu.. Masa doc jahit yang lapisan daging dalam, tak terasa sangat sebab dia bius. tapi masa jahit kulit luar, dijahit hidup hidup, sakittttt sangat..meraung menjerit saya dibuatnya..lebih sakit dari meneran Adam keluar. Kesian Adam tak lelap mata pun dengar ibu dia mengerang sakit..disebabkan saya asyik bergerak gerak maka proses menjahit jadi setengah jam lamanya. Lepas jahit, doktor bagi Adam kepada saya untuk disusukan. Bonding time katanya..lagipun tadi sekejap sangat Adam dapat duduk dalam pelukan saya masa doktor nak keluarkan uri dan potong tali pusat dia. Syukur, Adam sihat dan sempurna sifatnya. Masa tu saya menangis kerana terlalu gembira. Nurse sentiasa disisi untuk membantu saya menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Tiba tiba saya rasa nak terkucil, nurse suruh saya buang air dalam bekas saja, tapi saya taknak sebab malu. jadi saya mintak untuk ke tandas, nurse tadi yang garang tu bertukar baik sangat..dia temankan saya di tandas dan tunggu depan pintu..dia tak kasi tutup pintu sebab takut saya pitam. darah meleleh keluar turun dari kaki..habis lantai labor room..Masa nak cebuk tu..fuh fuh fuhhhh...menahan pedih..isk isk isk...

Lepas saya buang air, nurse beri saya baju bersih untuk dipakai. Baju pink tu la..kemudian atendan dtg hantar lauk makan malam. ingat lagi saya, lauk ayam masak sup. Saya siap tanya nurse, boleh makan ke?Ayam ni..saya dah kene start pantang kan?hahahahaha..nurse ketawa je..dia cakap makan je..nanti takde tenaga nak jaga baby kalau dia taknak tido malam..so saya bedal je nasi tu sampai licin.. Nurse pon tinggalkan saya dan Adam sendiri sebab dah nak masuk waktu berbuka puasa. Lepas berbuka dalam pukul 8 lebih tu, nurse ward datang dan bawa saya ke wad semula..Suami saya menanti dengan muka gembira..dapat dukung anak dia puas puas sebelum balik ke rumah. Saya sempat lagi mengemas almari barang kerana nak cari panties pakai buang..malam tu saya tak dapat tidur sebab Adam tak tidur..asyik merengek nak susu dan peluk. naseb baik saya ada kurma..itulah makanan saya sebelum masuk labor room..alhamdulillah memang tak penat..tenaga masih ada..pukul 7 pagi baru Adam lena..saya pun tidur tidur ayam je sebab doc datang nak buat sesi check up fizikal adam. 

Sepanjang hari di wad ditemani suami tersayang..dia paling suka merenung wajah anaknya..cari persamaan la kot..hehehe..So kesimpulannya, pengalaman saya tidaklah seteruk yang dijangka..saya sangka saya akan susah bersalin, sakit berbelas belas jam sebelum melahirkan anak tapi Allah beri saya kemudahan seperti yang saya sering minta dalam doa selalu..Alhamdulillah..serik tu memang, tapi saya takkan berhenti setakat ini..saya berharap untuk menimang baby girl pulak lepas ni..mesti seronok dapat pakaikan gaun cantik cantik dan dandan rambut dia comel comel.hehee..perancangan 2015 lah pulak..Insya Allah..





[PART 1] Pengalaman bersalin secara induce

Semua ibu memang suka kalau nak ceritakan pengalaman bersalin, terutamanya mereka yng pertama kali melahirkan zuriat cinta hati penghubung jambatan kasih sayang keluarga. Saya pun tak terlepas daripada perasaan meronta-ronta, (cewahhhhhh..;p) nak share pengalaman bersalin anak sulung saya, Muhammad Adam Darwisy secara vaginally induce di Hospital Ampang pada 2 Ogos 2013 yang lalu.

Sebenarnya saya overdue selama 10 hari daripada tarikh jangkaan (due date) yang doktor bagi masa mula mula buka buku merah dulu. ikut perkiraan tarikh pertama period, saya akan melahirkan Adam pada 22/7/2013. Tapi perancangan tuhan tu melebihi segalanya..kesabaran kami sekeluarga diuji dalam menantikan kelahiran Adam. Masa tu perasaan saya, Allah saja yang tahu..makin dekat due makin berdebar, makin cuak, makin happy, excited, sedih dan murung bila mengenangkan macam macam boleh jadi masa melahirkan Adam nanti. Ye, saya membayangkan kematian semasa melahirkan anak..kata orang, bersalin ni sakit yang kedua selepas mati..wallaualam..



31/7/2013 (Rabu)

Saya dikehendaki menyerah diri ke hospital pada 31/7/2013. Pagi tu saya bangun awal, solat subuh dan solat sunat taubat..solat hajat dan mengaji untuk menenangkan perasaan yang berkecamuk dalam hati. Saya pandang wajah suami yang lena tidur, saya menangis..terdetik dihati kecik saya "adakah hari ini hari terakhir aku berkhidmat padanya?" "adakah besok aku boleh membelai wajah suami seperti selalu?" "adakah terakhir kali saya berada di rumah ini?" macam macam perasaan lah yang ada dalam hati ni. Pukul 8 lebih kami ke Ampang. Pertama sekali kami pegi bank dan TM Point untuk selesaikan bil dan hutang piutang kami berdua memandangkan esok sudah 1 hb.. Tengahari macam tu kami ke PAC Hosp Ampang (HA), masa tu tak ramai orang..ada 2 @ 3 orang yg sedang menunggu giliran diperiksa. Lepas sy serahkan buku merah di kaunter, seorang nurse india memanggil saya ke bilik pemeriksaan. Pemeriksaan CTG dilakukan dan rekod saya dibuka. Then datang pulak sorang doktor lelaki cina..muda orangnya..bertanya sejarah kehamilan saya dan membaca graf CTG. Katanya baby ok..kemudian dia meminta izin nak 'cek bawah' a.k.a cek bukaan atau lebih femes dengan nama 'seluk'. masa tu saya rasa sikit takut, cuak..siap terbayang bayang cerita blogger pasal sakitnya seluk ni. Doc suruh saya bertenang dan tarik nafas bila dia suruh, zuppp..!! dia pon mengorek ngorek laluan tu..senak dan sedikit sakit la...(tipu la tak sakit :'( ) dia sahkan bukaan 2cm dan arahkan nurse untuk admit saya ke ward pre-natal. Bermula la alkisah uniform pink yang comel..




Dari PAC nurse ward tolak naik wheel chair ke wad, mula mula request nak jalan kaki, konon bagi cepat bukak jalan, tapi nurse tak bagi sebab dah ada bukaan. kawan sorang lagi tu berjalan sebab takde orang tolak dia plus jalan dia tak terbuka lagi..tapi dah ada contraction. Kesian dia..disebabkan saya pakai GL Telekom, dapat la merasa duduk bilik ekon 4 orang dalam tu..lepas tu suami balik sebab nak rehat..yela..bulan puasa masa tu..saya pulak kelaparan, ngap je lauk yang hospital bagi tu..Lepas solat sume, baringlah saya berehat menanti ape akan jadi lepas ni.. sebelum tu sempat berkenalan dengan kawan kiri kanan depan..belakang takde.hehehe..

1/8/2013 (Khamis)
Sepanjang hari aktiviti saya makan-tido-CTG sahaja..suami dan keluarga mertua pun datang menemani saya diwaktu melawat. Tq semua..sayanggggg ketat ketat..suami belikan makanan banyaaakkk sangat..semua favourite saya..Cadbury lah..air oren twister la..kurma dan air zam zam memang tak lepas dari tangan. Hari ni saya perasan ada lendiran dan darah berketul keluar bila saya mandi atau 'melepaskan hajat'..kekadang tembus ke baju! Asik la keje saya tukar kain aje. hihihi..

Ok, disebabkan taknak pembaca muntah pulak baca panjang panjang ni, kita ke PART 2 pulak ye..adios...

Cerita berpantang dan saat mula J A T U H H A T I dengan SHAKLEE..

Salam sejahtera semua. Rasanya saya belum pernah kongsi pasal testimoni saya sebagai pengguna Shaklee ni. Saya mula berkenalan dengan Shaklee selepas kelahiran anak pertama saya, Muhammad Adam Darwisy pada Ogos 2013 yang lalu. Masa tu saya baru 3 hari berpantang, dan masih belum decide nak beli set berpantang yang mana kerana terlalu banyak produk dipasaran dan tiada rekomendasi dari sesiapa pun. Tambah pulak saya masih ingin memantau keadaan bayi kalau - kalau jaundis nya muncul tanpa diundang :)

Pada hari ketiga berpantang barulah bayi saya didatangi demam jaundis ni, tu pun lepas saya peratikan suhu badan dia dan matanya yang sedikit kekuningan. Suhu Adam semakin memuncak menjelang malam dan kami suami isteri telah bersepakat untuk ke hospital untuk pemeriksaan. Masa tu pukul 2 pagi, kami ke Kecemasan di Hospital Ampang. MAsa jumpa dengan doktor, dia memberitahu bahawa bayi kami sedikit demam sahaja dengan suhu 36 lebih, tetapi semasa kami memeriksa suhu, bacaan adalah 38 darjah celcius! Hati ibu mana yg tak risaukan kesihatan anaknya. Setelah berbincang, doktor memutuskan untuk menahan bayi kami di wad untuk pemantauan memandangkan simptom jaundis tu dah mula ada.

 Adam dan abahnya, petang sebelum admid ward. Masa ni dah perasan mata dia kuning

Adam dimasukkan ke wad NICU...sukar untuk saya gambarkan bagaimana runtunnya hati saya pada masa tu bila melihat anak saya ditanggalkan pakaian dan hanya berbalut selimut, dan dibawa ke bilik pemeriksaan. Sebelum dibawa ke sana, doktor menerangkan prosedur yg akan dilakukan keatas Adam. Darah dan air kencingnya akan di ambil untuk ujikaji makmal. Bila ditanya adakah ia akan menyakitkan bayi? Doktor hanya trsenyum. Katanya agak menyakitkan kerana mereka perlu memasukkan salur halus ke dalam 'anu' Adam untuk mengambil sampel air kencing. Berdebar saya waktu tu...Ya Allah, mesti sakit sgt Adam nanti..Air mata saya seperti hujan yang turun tanpa henti..mengalir derasssssssss sehingga lencun lah tudung. Doktor menyerahkan Adam kepada saya, waktu tu Adam sudah tertidur, penat menangis agaknya. Pity my baby..Melihat situasi disitu buat saya hilang pertimbangan, saya merayu kepada doktor, benarkan saya bawa Adam pulang ke rumah..saya takmau dia disiksa macam ni..doktor cuba memujuk saya dengan harapan dan janji manis.. Suami mengajak saya pulang kerana risaukan keadaan saya yang masih lemah, tetapi saya enggan

Fikiran saya hanya pada Adam. Bagaimana saya sanggup tinggalkan Adam disini sendirian? Kami dah bersama untuk beberapa bulan lamanya..takpernah sekali pun kami berpisah..Saya mohon untuk dapatkan katil menunggu, mulanya doktor keberatan, tetapi sudah menjadi rezeki saya, ada 1 katil kosong untuk ibu yang bayinya di NICU. Suami pulang semula kerumah mertua dan saya tinggal di wad menunggu dalam NICU. Doktor menyuruh saya mengepam susu untuk diberikan kepada Adam sekiranya saya ingin pulang, malangnya susu saya tidak keluar ketika diperah mesin! Apelagi, meraunglah saya pada masa tu. Doktor memujuk untuk memberikan anak saya susu formula pihak hospital, tetapi kami suami isteri takmau. 


 Sayang anak ibu....kesian dia...panas kan sayang?

Adam diletakkan dibawah 'lampu biru' yang panas. disebabkan bacaan jaundis Adam tinggi, doktor arahkan lampu dipasang double. Air mata saya mengalir lagi bila melihat Adam terkapai kapai seolah mengelak bahang panas lampu tu..suara dia merengek meruntunkan hati saya. Sekejap sekejap saya angkat dia untuk disusukan. Pada masa tu, Sister wad tu datang disisi saya dan bertanyakan keadaan Adam dan diri saya..dialah yang mengajar saya bagaimana nak hasilkan susu untuk mempercepatkan penurunan demam kuning Adam. Masa tu saya tak kisah dah orang picit miss B saya, urut dan sebagainya untuk membantu pengeluaran susu..Adam pun asyik mengamuk kerana tak dapat 'hisap' susu dengan baik.

Siangnya, saya berfikir apa yang saya patut lakukan untuk memperbanyakkan susu supaya Adam boleh keluar dari wad ni cepat..Hari raya dah tak lama lagi..lepas saya tuam dan urut miss B, ia mula membengkak dan baju saya basah lencun! Susu keluar menitik nitik, tapi kebodohan saya masa tu adalah tidak mengepam susu di bilik pam yang disediakan, sebaliknya membiarkan susu tu keluar macam tu aje..*silly me~~* Kemudian saya teringat artikel Shaklee berkenaan produk penyusuan mereka, saya utarakan pandangan kepada suami, dan alhamdulillah dia bersetuju untuk mencuba.. walaupun mahal, demi anak kami sanggup membeli set optimum berpantang + menyusu dengan Master Hadha. Suami yang gigih pegi beli dengan kak Hadha sebab saya still taknak discharge.. Antara produk yang saya beli:-

  1. ESP 
  2. Alfalfa
  3. Vita-Lea
  4. Ostematrix
  5. B complex
  6. Zinc
Kali pertama consume pun saya dah rasa perbezaannya, cuma situasi saya yg sangat emosi dan kesedihan buatkan saya tak terfikir untuk pam (dalam kepala dah set lepas ni nak jadi housewife -  tak perlu stok). Alhamdulillah, esoknya Adam boleh discharge dari wad dan saya pun sambung berpantang di rumah mertua. Lusa dah nak raya..Lega sangat Adam dapat balik kampung beraya seperti yang kami rancangkan..Allahu Akbar..Gembira sangat tak terkata..


 Matanya tertutup..tapi instictnya kuat!! Anak ibu....hihi


keadaan di wad kanak - kanak Hospital Ampang..Adam lena tidur..baru lepas di ambil darah untuk tentukan boleh beraya di kampung atau di wad aje..


Entri seterusnya saya akan kongsikan apakah perubahan yang saya alami semasa berpantang dengan set Shaklee ni..nantikan testimoni saya juga :)

p/s: Sekiranya anda mahu berborak atau bertanyakan lanjut tentang kehamilan, bersalin dan berpantang bersama Shaklee, sila hubungi saya di nombor yg tertera dibawah..Insya Allah, persoalan anda akan saya bantu ;)

 Ida
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 907627 ]
 Contact No | WhatsApp | Viber | Wechat : 017-6775989
 Email : mombabydiary@gmail.com


#FACTS OF TODAY : Kenali IODIN


FUNGSI
Fungsi iodin yang diketahui ialah sebagai bahagian perlu kepada hormon tairod. Hormon tairod mengatur banyak aktiviti berlainan termasuk tumbesaran, pembiakan , fungsi neuromuskular, pertumbuhan kulit dan rambut, metabolisma selular, dan menolong melepaskan tenaga ke dalam sel.

Badan kita biasanya mengandungi  20 – 30mgs iodin. Lebih kurang  60% daripadanya terdapat dalam kilang tairod, selebihnya didapati pada keseluruhan tisu badan , terutamanya dalam ovari, otot dan darah.



SUMBER
Iodine terjadi dalam jumlah yang berbeza yang terdapat dalam makanan dan air minuman. Makanan laut seperti udang kara, tiram, sardin dan rumpai laut adalah sumber iodin yang baik. 
Jumlah iodin yang terkandung dalam susu dan telur adalah ditentukan oleh jumlah iodin yang terdapat dalam makanan ternakan tersebut. Kandungan iodin yang terdapat pada sayur-sayuran adalah berbeza mengikut jumlah kandungan iodin yang terdapat pada tanah. 



KEKURANGAN
Kekurangan iodin boleh menyebabkan :

  • Penyakit Goitre (benguk) iaitu pembesaran kilang tairod.

  • IQ rendah.

  • Hypothyroidism.

  • Cretinism (cacat fizikal dan mental), pada kanak-kanak.

#FACTS OF TODAY : Kenali ZAT BESI (IRON)


FUNGSI
Zat besi atau iron adalah nutrien penting untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa yang sihat mempunyai 40 hingga 50 mg iron per kilogram berat badan manakala bagi wanita dewasa mempunyai 35 hingga  50 mgs per kilogram berat badan.

Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan haemoglobin. 

Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan. 



SUMBER
Sumber terbaik zat besi berasaska makanan ialah hati, tiram, kerang, buah pinggang, daging tanpa lemak, ayam/itik dan ikan. Kacang dan sayur yang dikeringkan adalah sumber iron yang baik daripada tumbuhan.



KEKURANGAN
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan :

  • Keletihan, lemah badan.

  • Berdebar, sakit dada.

  • Kesukaran bernafas.

  • Anemia.